Wednesday, June 10, 2009

Aku Sedey..Aku Marah..Aku Kecewa

Hari ni aku datang keje dgn ceria pasal HARI NI BESDAY AKU!!! Iye, arini sebelas hari bulan enam tahun dua ribu semilan (11.06.2009), genap umor aku 27 tahun..dah tua ke? Belum lagi..kenape??? Aku adalah BELIA (bukan Mat Belia yang skema yang terdapat dikampung Kuala Lipis).

Secara Am-nya, Belia adalah :

• Menurut Dasar Pembangunan Belia Negara, takrif “belia” ialah mereka yang berumur antara 15 hingga 40 tahun. Berdasarkan takrif tersebut, pada hari ini terdapat kira-kira 11.1 juta orang belia di negara ini yang merupakan kira-kira 41.5 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia . • Berdasarkan statistik tersebut, belia merupakan kumpulan terbesar penduduk dari segi komposisi dan juga merupakan sumber terpenting negara yang akan menjadi golongan pewaris masa depan negara. • Kerajaan sentiasa menghargai dan mengiktiraf peranan serta sumbangan golongan belia dan pertubuhan belia dalam pembangunan negara. Kerajaan juga sedar perlunya golongan belia di negara ini bergiat aktif dalam organisasi sukarela khususnya pertubuhan belia di pelbagai peringkat dalam menggerakkan agenda ke arah pencapaian matlamat Misi Nasional dan Wawasan 2020. • Oleh yang demikian, ke arah penyempurnaan agenda pembangunan belia di negara ini, Kerajaan telah bersetuju untuk memperkenalkan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2006 bagi menggerak potensi serta peranan pertubuhan belia di negara ini dan juga memperkemas dan memantapkan struktur dan sistem penyampaian pembangunan belia sedia ada.

untuk lebey lanjut boley refer site ni http://roy.kbs.gov.my/faq.php

Okay, aku pun seperti biase turun la bawah nk gi start kete. Tau-tau je aku noticed something kat Beg Golla aku. Hmm..bungkusan ape ni???Cube try test tengok kat dalam sket..Waaaaaa,

1. My dream perfume Clinique Happy for Men
2. Sehelai Dockers Khakis D2
3. Mug minum yang besh dgn karikatur My Handsome Face
4. Kad besday dari Pishimen (hoh, Pishimen tau menulis???)
5. Finally, kad besday dari my Lovely wifey yang sgt besh (kad die same je jenisnye dari dulu, might be die fanatik ngan artwork die kot but anyway THANKS BIE!!!)


Kezutan yang mmg aku tergezut..huhu, syahdu jap. Aritu mase besday wife aku aku cume belikan die Kek Pisang je kat Secret Recipe. Tapi percayalah, time tu itu je yang termampu. Pastu aku teringat kat Zack, mamat Pods N Petals. Kate nk return call tapi sampai ke hari ni nothing!!! Kecewa aku. Marah aku. Geram aku. Aku nk wat kejutan utk wife aku kat ofis die mase besday die. Tapi mamat ni pas dua hari besday wife aku berlalu baru die call cakap ade masalah teknikal dgn order aku. Bodoh laa mamat ni..dah lepas besday baru nk call. What's the point??? Gampang..Lingung..Sengal..Dah tu burn la duit aku???Seems like it laa..(huhu, sorry bie. Not my fault!!! Takpe, taun depan i promise you i'll buy you COACH). Utk kawan-kawan yang behajat nk wat seprise utk org yang tersayang, kalau nk wat online better tengok betul-betul..

Clinique Happy for Men

Friday, June 5, 2009

My Day Is Blue..continue

Last few days dapat satu address website yang besh daripada wife aku. Die kate try la main-main kat situ. Site tu provide template yang besh utk kite main-main dgn koleksi-koleksi gambar yang kite ade. I suggest if you guys ade mase try la. Sure you guys leka and be amazed. Tak sangka kan, hebat skali teknologi yang ade skang ni..standing ovation utk org-org yang berjaya pikir sampai camtuh skali.

So aku pun try la main. Amik gambar yang ni pastu amik gambar yang lain plak. Hasilnya, aku telah membuat kawan-kawan and even my self terase diri seperti international model (tak perlu masuk America's Next Top Model pun)..

Pishimen a.k.a. Farish Iman dgn muke manje die on canvas drawing
aku punye muke stakat hiasan di tepi jalan jer..muke series wat keje
ni plak Jul, konon-konon masterpiece kat Muzium Senilukis Negara
Jul dgn isyarat jari menghiasi jalan paling bizi kat Taipei..feymes beb
Muke Sam sebagai iklan jangan tido di opis nanti bos marah

So guys, if you interested boley la surf kat add ni, 

http://www.photofunia.com

Have fun & have a nice BLUE day !!!

My Day Is Blue

My day is BLUE..bosan la asik buat sapot yang cikun-cikun ni. Hari-hari mende yang same i.e. reversal, SD error takleh billing, customer assignment tak betul and masukkan LV Main Type..boring..boring..and boring. Tak mencabar. Tak berkembang. Tapi dalam kebosanan, aku rase besh sebab SOBs takde.Boleh ngular..tapi nk gi mane??? Takde idea..So duduk je la kat meja aku. Tau-tau jer, idea kreatif datang. So buat la my own wallpaper representing this blog of mine..It's summer all year round in KL..like my feelings..My day is BLUE.

font yg agak gothic dgn airbruch close up of orchid

butterfly kat end of words showing summer envi
adapting idea from citer fast and furious..fast enough to be ferocious furious

nanti sambung lagi..banyak idea ni..membuak-buak nk di keluarkan..hehehehe